Tuesday, 30 May 2017

Saya seorang cikgu tadika

Assalamualaikum and hi! Salam Ramadhan Kareem semua!
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berjumpa dengan  bulan mulia ni. Alhamdulillah!

Sejak bekerja ni, busy dia lain macam. Haha. Yelah, masuk kerja pukul 7.45 pagi, balik kadang-kadang pukul 5.30 petang, kadang-kadang sampai 6.30 petang. Tapi bulan puasa ni paling lambat pun 5.30 dah boleh balik.  Adatlah kan. Nama pun bekerja. Syukur.

Bila dah habis belajar, and bila dah bekerja ni, biasalah, saudara-mara kau akan tanya, "dah kerja ke sekarang?, "kerja kat mana?", "kerja apa?" and bla bla bla. Kalau setakat tanya je tak apa, aku tak kisah pun. Bila saya jawab "saya CIKGU TADIKA" siap ada add-on soalan lain, "kerja cikgu tadika JE?" Hahaha. Perlu ke soalan macam tu? Tak cukup lagi, tanya lagi, "berapa gaji awak?" kahkahkah! Are you kidding me? These people are sick!

Firstly, YES MAK CIK PAK CIK, SAYA KERJA SEBAGAI SEORANG CIKGU TADIKA/EARLY CHILDHOOD TEACHER di sebuah tadika swasta.

Second, SAYA KERJA SEBAGAI SEORANG CIKGU TADIKA SEBAB SAYA MINAT. INI CITA-CITA SAYA.

Third, mak cik pak cik tanya berapa gaji saya? ALHAMDULILLAH, GAJI SAYA CUKUP UNTUK SAVING KAHWIN (ehh! haha), UNTUK BELANJA DAPUR RUMAH MAK SAYA, MINYAK KERETA, BILLS, PTPTN, KEPERLUAN HARIAN SAYA AND SO ON. Alhamdulillah!

I really don't understand why people keep asking me those questions. Suka hati saya lah nak kerja apa. Haha. Janji saya suka kerja saya, saya happy bila pergi kerja, saya dapat majikan yang sangat sangat sangat baik hati (seriously), dapat kawan-kawan sekerja yang masyaAllah memang hebat and baik hati. Syukur!

Please people, don't ask those STUPID questions. Sorry to say, but yes, that's stupid and rude. Orang nak kerja apa-apa pun, orang dapat kerja apa-apa pun, gaji takat mana pun, biarkan. Korang tak payah sibuk. Tak payah sibuk nak jaga tepi kain orang.

Sorry lah, entry kali ni macam emm marah sikit. Haha. Yela, angin jugaklah kan bilamana semua nak pertikaikan kenapa kerja sebagai cikgu tadika. Eh seronok tau kerja saya ni! Tak stress (yang jadi stress bila orang sibuk hal aku), tak kena marah dengan boss, tak kena duduk tengah panas, haa lagi apa lagi. Haha.

Senang cerita, teaching is my passion. I love teaching. I love kids (they love me too, very much) Haha. Alhamdulillah, seronok. Syukur jugak sebab mama, abang-abang, kakak-kakak and adik-adik tak pernah pertikaikan minat aku. Tak lupa juga, boypreng kita, selalu bagi semangat. Hihi.

Dulu hampir putus asa untuk kejar cita-cita aku untuk jadi seorang cikgu ni. Yelah, apply maktab, tak dapat. Nak apply early childhood education, tak diberi peluang (panjang ceritanya). Tapi kalau Allah dah cakap Dia nak bagi, Dia bagi. Alhamdulillah.

Apa-apa pun doakan saya dapat mendidik anak-anak kecil ni untuk menjadi khalifah-khalifah Allah yang hebat, inshaAllah! So, that's all untuk entry kali ni. Assalamualaikum.

p/s: Jangan pandang rendah kerjaya cikgu tadika ni tau, sebab dulu-dulu awak-awak semua pun belajar menulis, mewarna, membaca, mengeja semua tu dengan siapa?..... Okay, tahu tak apa.


No comments:

Post a Comment