Saturday, 23 September 2017

I am officially engaged ! - One Step Closer #FarahArif

Assalamualaikum! Fuhh.. Fuhh.. Berhabuk dah blog ni! Hehe..
Biasalah dah bekerja ni, balik kerja, tidur, bangun tidur, pergi kerja balik. Memang kurang masa lah nak mengadap laptop ni.

So... yeah, Alhamdulillah, I'm officially engaged to the man of my dreams! Hihi.. Actually cerita ni dah dua bulan.. Haha.. Nak update tapi macam aku cakap tadi, busy memanjang..

At the age of 25, finally I got engaged to him.. So, aku nak cerita perjalanan aku sebelum kami bertunang sehingga majlis ni selesai.. You know what, kami tak plan pun nak bertunang.. Haha.. Actually kami dah plan untuk merisik je, then after that terus kahwin.. Tapi bertunang jugak akhirnya, atas persetujuan pihak aku and pihak dia..

15 July 2017, tarikh kami pilih untuk bertunang.. Masa tu 2-3 minggu selepas raya tak silap aku.. Agak kelam-kabut.. Tapi semua berjalan lancar.. Ingatkan tunang ni tak banyak benda kena fikir, tapi bila dah lalui sendiri, hahaha agak serabut.. Tambah pulak last minute punya plan.. Hihi..

So ringkaskan cerita, persiapan majlis pertunangan kami alhamdulillah berjalan lancar..
Ni aku share serba sedikit persiapan aku untuk majlis pertunangan kami..


Baju tunang & shawl - beli dekat bazar (kebetulan bulan puasa, banyak orang jual baju raya)
Veil - veil SIL masa dia bertunang dengan abang aku haha
Pelamin - @pelaminmurahkuantan (ni nama instagram dia) Harga berpatutan!
Make up - @iendaazlindafull (ni pun cari dekat instagram) Recommended! Make up cantik, harga berpatutan!
Photographer - @precious_photowork (jumpa dekat instagram jugak) Photographer ramah, harga servis berpatutan!


Oh lupa nak share pasal hantaran! Hantaran bertunang kami 5 balas 5.. Tak ikut adat.. Haha.. Buat kepala sendiri je kan hehe..

Hantaran perempuan kepada lelaki (daripada aku kepada dia)
1) Minyak wangi
2) Manisan (brownies)
3) Manisan (tart)
4) Baju kemeja 2 pasang
5) Kain pasang (untuk nikah nanti)

Hantaran lelaki kepada perempuan (daripada dia kepada aku)
1) Cincin dua bentuk
2) Sirih junjung
3) Kain pasang (untuk nikah nanti)
4) Buah-buahan
5) Manisan (coklat)

Nah belanja sikit gambar masa hari kejadian.. Hehe.. Credit to Precious Photowork for the nice pictures..

My big family.. Semua ada kecuali Kakak sebab dia on call..


Umi.. Future mother in law.. 


Acah-acah sikit.. Haha..



Kawan-kawan dia je yang datang, kawan-kawan aku semua duduk jauh! haha..



Last but no least, many thanks to my family, my future family in law, and yes of course to my fiance for everything. Thanks jugak kepada sponsors yang sudi hulurkan bantuan ringankan beban kami hahaha!

Alhamdulillah! One step closer! Doakan kami! :) #FarahArif

Assalamualaikum!

Tuesday, 30 May 2017

Saya seorang cikgu tadika

Assalamualaikum and hi! Salam Ramadhan Kareem semua!
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berjumpa dengan  bulan mulia ni. Alhamdulillah!

Sejak bekerja ni, busy dia lain macam. Haha. Yelah, masuk kerja pukul 7.45 pagi, balik kadang-kadang pukul 5.30 petang, kadang-kadang sampai 6.30 petang. Tapi bulan puasa ni paling lambat pun 5.30 dah boleh balik.  Adatlah kan. Nama pun bekerja. Syukur.

Bila dah habis belajar, and bila dah bekerja ni, biasalah, saudara-mara kau akan tanya, "dah kerja ke sekarang?, "kerja kat mana?", "kerja apa?" and bla bla bla. Kalau setakat tanya je tak apa, aku tak kisah pun. Bila saya jawab "saya CIKGU TADIKA" siap ada add-on soalan lain, "kerja cikgu tadika JE?" Hahaha. Perlu ke soalan macam tu? Tak cukup lagi, tanya lagi, "berapa gaji awak?" kahkahkah! Are you kidding me? These people are sick!

Firstly, YES MAK CIK PAK CIK, SAYA KERJA SEBAGAI SEORANG CIKGU TADIKA/EARLY CHILDHOOD TEACHER di sebuah tadika swasta.

Second, SAYA KERJA SEBAGAI SEORANG CIKGU TADIKA SEBAB SAYA MINAT. INI CITA-CITA SAYA.

Third, mak cik pak cik tanya berapa gaji saya? ALHAMDULILLAH, GAJI SAYA CUKUP UNTUK SAVING KAHWIN (ehh! haha), UNTUK BELANJA DAPUR RUMAH MAK SAYA, MINYAK KERETA, BILLS, PTPTN, KEPERLUAN HARIAN SAYA AND SO ON. Alhamdulillah!

I really don't understand why people keep asking me those questions. Suka hati saya lah nak kerja apa. Haha. Janji saya suka kerja saya, saya happy bila pergi kerja, saya dapat majikan yang sangat sangat sangat baik hati (seriously), dapat kawan-kawan sekerja yang masyaAllah memang hebat and baik hati. Syukur!

Please people, don't ask those STUPID questions. Sorry to say, but yes, that's stupid and rude. Orang nak kerja apa-apa pun, orang dapat kerja apa-apa pun, gaji takat mana pun, biarkan. Korang tak payah sibuk. Tak payah sibuk nak jaga tepi kain orang.

Sorry lah, entry kali ni macam emm marah sikit. Haha. Yela, angin jugaklah kan bilamana semua nak pertikaikan kenapa kerja sebagai cikgu tadika. Eh seronok tau kerja saya ni! Tak stress (yang jadi stress bila orang sibuk hal aku), tak kena marah dengan boss, tak kena duduk tengah panas, haa lagi apa lagi. Haha.

Senang cerita, teaching is my passion. I love teaching. I love kids (they love me too, very much) Haha. Alhamdulillah, seronok. Syukur jugak sebab mama, abang-abang, kakak-kakak and adik-adik tak pernah pertikaikan minat aku. Tak lupa juga, boypreng kita, selalu bagi semangat. Hihi.

Dulu hampir putus asa untuk kejar cita-cita aku untuk jadi seorang cikgu ni. Yelah, apply maktab, tak dapat. Nak apply early childhood education, tak diberi peluang (panjang ceritanya). Tapi kalau Allah dah cakap Dia nak bagi, Dia bagi. Alhamdulillah.

Apa-apa pun doakan saya dapat mendidik anak-anak kecil ni untuk menjadi khalifah-khalifah Allah yang hebat, inshaAllah! So, that's all untuk entry kali ni. Assalamualaikum.

p/s: Jangan pandang rendah kerjaya cikgu tadika ni tau, sebab dulu-dulu awak-awak semua pun belajar menulis, mewarna, membaca, mengeja semua tu dengan siapa?..... Okay, tahu tak apa.