Wednesday, 24 June 2015

Another Ramadhan Without Him

Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Masih dipinjamkan nyawa..
Dan.. Alhamdulillah, diberi peluang untuk sambut Ramadhan lagi..

Ramadhan.. Bulan penuh kemuliaan..
First time sambut Ramadhan dekat Johor..
Walaupun suasana agak berbeza..
Perasaan kali pertama berpuasa jauh dari family? Mestilah ada rasa terkilan.. Hee..
Dah besar pun nak terkilan sambut Ramadhan jauh dari family..
Tapi apakan daya, belajar tetap belajar..
Well, I'm a big girl right.. Hehe..

Tapi perasaan yang sama bila tiba bulan Ramadhan..
Ayah.. Hmm..
Another Ramadhan without Ayah..

Ayah, Kak Yaa rindu Ayah..
Tak dapat nak ungkap betapa rindunya..
Tak dapat tahan air mata..

11 tahun.. Tahun ni, masuk tahun ke 11 arwah Ayah pergi tinggalkan kami..
Tahun 2004, Ayah pergi mengadap Allah..
18 Februari 2004, perginya insan bernama Omar bin Ismail..
Tak mudah untuk seorang budak berumur 12 tahun ketika itu untuk terima dugaan sebesar itu..
Dan tak mudah juga untuk seorang gadis berumur 23 tahun ketika ini untuk menahan air mata, setiap kali teringat..

Setiap hari mesti akan terbayangkan Ayah..
Alhamdulillah, Allah tak pernah padam wajah Ayah dalam ingatan aku..

Hmm.. How I wish you were here Ayah..
Sambut Ramadhan sama-sama.. Berbuka sama-sama..
Sahur sama-sama.. Terawih sama-sama..

Tapi, Allah lagi sayangkan Ayah..

InshaAllah Ayah, doa Kak Yaa untuk Ayah tak pernah putus..
Semoga Ayah ditempatkan bersama orang beriman..

..............................................................................................................................

InshaAllah, semoga diri ini selalu kuat..
Semoga terus tabah menjalani hari-hari mendatang..




















Kak Yaa sayang Ayah tau..




Asslamualaikum..



Tuesday, 17 March 2015

Aku Super Senior?

Assalamualaikum and a very good morning ! *haha macam skrip masa lead perhimpunan*

This is my first entry on 2015.. Nampaklah dah lama tak update kan? Dah bulan March kot ! Hee..
Sekarang dah 2015 and I'm a super senior! HAHA..

Tahun 3 sem 2, atau lagi mudah faham, aku dah masuk sem yang ke-6 ! Yeay !
Oh wait, should I said 'yeay'? HAHA.. 50% for yeay ! and 50% for ohh no !
Almaklumlah, sekarang dah mula buat PSM atau bahasa mudah dia, Projek Sarjana Muda atau nak lagi mudah, FYP (Final Year Project).

Cepatnya masa berlalu pergi. Rasa macam baru lagi masuk u ni. (over)
HAHA.
Tuptap, dah kena buat PSM dah.
And yes, I'm not ready both physical and mental.

PSM punya stress ni lain macam.
Percaya tak kalau aku cakap dia punya stress tu sampai kau tak sempat nak fikir makan pun?
Serius aku tak tipu.
Berhantu betul PSM ni.

(mungkin aku boleh capai misi berat badan ideal sambil buat PSM ni)

Tapi, aku kena hadap jugak.
Aku kena tempuh jugak.
Aku kena siapkan jugak.

:)

Pengalaman ni la yang akan buat aku lebih dewasa.
Walaupun aku rasa aku terlalu muda untuk semua ni.

Ni baru stress pasal pelajaran.
Tak termasuk lagi stress kawan-kawan.
Stress pasal duit.
Stress pasal cinta (ehhh ! :P no, I'm just kidding )

Hehe.

InshaAllah everything will be fine.
Amiin.



Assalamualaikum.