Monday, 19 May 2014

AKU

Cuba kau rasa jadi aku..
Cuba kau lalui hari-hari aku..
Cuba kau berdiri seperti aku sekarang..
Cuba..

Mungkin lepas itu baru kau tahu..
Mungkin lepas itu baru kau faham..
Apa aku rasa..
Betapa susah menjadi AKU..

Aku faham..
Kalau aku jadi kau pun..
Kalau aku hidup dalam jalan cerita kau pun..
Bukan senang..

Kau, aku, sama-sama punya takdir..
Yang berbeza..
Sama-sama punya cerita yang tak serupa..
Sama-sama punya sejarah yang lain..

Aku dengan takdir aku..
Aku dengan cerita aku..

Kau?
Sama..
Kau dengan takdir kau..
Kau dengan cerita kau..

Sama-sama kita nikmati hidup..
Sama-sama kita hargai setiap detik..

Assalamualaikum..


2 comments:

  1. Replies
    1. Heyy mummy-to-be! Hahaha! Sampey sini ya ketemu ama gue? Tiba2 cakap indon pulak aku ni.. Hahaha!!

      Delete