Tuesday, 25 February 2014

Bahagia?

BAHAGIA.
Layak ke aku untuk merasa bahagia tu?
Layak ke kau?
Layak ke dia?

Ya, kita semua layak untuk bahagia.
Aku, kau, dia, mereka, SEMUA.

Bahagia itu SUBJEKTIF. Bagi aku.

Takrif 'bahagia' tu BANYAK.
Takrif 'bahagia' tu LUAS.

Terbaca satu kata-kata.
"Happiness will never come to those who fail to appreciate the blessings they already have. Say Alhamdulillah, every moment of life"

Bahagia tu kita takkan dapat rasa, takkan dapat nampak, KALAU Dia Yang Maha Esa tu ditolak tepi.

Bahagia tu kita takkan dapat rasa, takkan dapat nampak, KALAU asyik mengeluh dengan takdir kita.

Belajar untuk BERSYUKUR

Apa yang kau ada, SYUKUR.
Apa yang kau dapat, SYUKUR.
Apa yang kau lalui, SYUKUR.

Tak semestinya duit berkepuk, kau bahagia.
Tak semestinya jawatan tinggi melangit, kau bahagia.
Tak semestinya ada otak pandai, kau bahagia.
Tak semestinya kau anak dato datin, kau bahagia.

"Alhamdulillah"
Belajar untuk sebut. Amalkan.
TAKKAN RUGI.


Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment