Wednesday, 13 November 2013

Kenapa..

Walau aku tahu semua itu menyakitkan aku,
Namun pilihan apa yang kau beri untuk aku?
Pilihan apa yang aku ada?

Tak ada satu pilihan pun. Tak ada.

Aku ok.
Aku ok.

Semua itu BOHONG.

Kenapa aku?
Kenapa aku terpaksa korbankan separuh hidup aku untuk kau?
Walhal, kau bukan sesiapa dalam hidup aku.

Ya, aku perempuan.
Aku sepatutnya tahu apa yang kau rasa.

Tetapi kau sendiri tak pernah tahu apa yang orang lain pernah lalui dan akan lalui.
Bukan aku. Tetapi dia.
Fikir.
Fikir tentang apa yang dia lalui.
Fikir tentang apa yang dia akan lalui.
Itu cukup.

Betul kata orang,
Manusia tak akan diam selagi mereka tak dapat apa yang mereka nak.
Tak akan.

Sampai bila?
Sampai bila kau nak sakiti aku dengan kata-kata kau? Sampai bila kau nak dia terus dalam dilema?
Sampai bila kau nak terus bermain dengan permainan kau?

Aku tiada pilihan.
Kau yang kawal permainan ni.
Itu.
Itu penyebab mengapa aku buat keputusan sebegini.
Keputusan yang tak adil buat diri aku sendiri.

Aku sayang dia.
Tetapi aku takkan sakitkan dia untuk kebahagiaan aku.
Tak akan. Tak akan.
Walau aku tak dapat pertahankan persahabatan itu,
Aku takkan sakiti dia.

Tak akan.

No comments:

Post a Comment