Friday, 23 August 2013

Aku, Kau, Dia dan Mereka.. Itulah Kehidupan..

Assalamualaikum..

Menyepi.. Hanya itu yang bermain di fikiran..
Menyepi daripada semua.. Daripada mereka, dia, kamu.. Semua..

Tetapi aku tahu, susah.. Kerana kita semua dicipta untuk saling melengkapi..
Siapa aku tanpa mereka.. Siapa aku tanpa dia.. Dan siapa aku tanpa kamu..
Dan aku sendiri tidak mampu berdiri dengan dua kaki ini sahaja..

Hidup di dalam kepura-puraan, itu yang sedang aku lalui.. Hidup dalam perasaan 'gembira'..
Ya, aku gembira, tetapi tiada satu orang pun tahu apa yang terbuku di dalam hati kecil aku ni..

Bila bersendiri, fikiran melayang entah ke mana.. Fikir tentang aku, hidup aku, kau, dia, kita, mereka, masa depan.. Bila aku penat berfikir, aku menangis..

Kehidupan ini tidak mudah kerana ia bukan senang seperti menyebut abc atau memetik jari..

Aku manusia biasa.. Hidup penuh drama.. Ibarat drama samarinda yang penuh dengan dendam, slot akasia yang penuh dengan cinta, juga seperti panggung sabtu yang penuh dengan gelak dan tangis..

Apa nak buat? Soalan klishe.. Aku putuskan untuk 'follow the flow'..

Ada perkara yang patut dikongsi, ada cerita yang patut disimpan dalam hati..
Susah untuk menyatakan situasi yang dialami..

Ya, tiada satu pun yang mudah dalam hidup ini..
Setiap hari berjalan di atas jalan cerita yang ditakdirkan olehNya..

Apa yang aku lalui tidak pernah terlintas dalam benakku.. Aku, kau, dia, kita, mereka.. Kita semua tak tahu apa yang bakal berlaku sejam selepas ini, sehari selepas ini, ataupun dalam bahasa mudah, masa depan..

Aku dengan hidup aku.. Engkau dengan hidup engkau.. Namun, kita sama sahaja.. Hidup ibarat pementasan yang kita sendiri reka..

Kesilapan sudah menjadi bayang-bayang sendiri..
Serik? Sampai mati pun manusia tak pernah mengerti apa itu erti serik..
Aku sendiri, tak pernah belajar dari masa silam.. Entah sampai bila..

Yang aku tahu, bahagiakan diri sendiri.. Dengan pembohongan yang aku sendiri minta..

*diam*

Bercerita sekadar untuk berkongsi, bercerita sekadar untuk meluahkan..
Kiri kanan, ada yang fitnah.. Depan belakang, ada yang menghukum..
Persetankan..
Itulah kehidupan..

Aku terus mengingatkan diri aku sendiri..
Tak guna menoleh ke belakang, meratap merintih kesilapan yang lepas..
Berpaling untuk belajar dari kesilapan, kemudian pandang depan semula, teruskan perjalanan..

Hanya teruskan perjalanan di atas jalanNya.. Redha.. Aku cuba.. Aku cuba..
Allah, kuatkan aku.. Hanya Engkau yang tahu apa yang akan berlaku dan apa yang terbaik..

No comments:

Post a Comment