Wednesday, 28 August 2013

Kalau...


 
 

 
 :)

Takdir Temukan Kita

Assalamualaikum..

Jujue,

Did you know how much I love you babe?

Did you know how much I miss you?

Did you know I never thought that we would be such good friends like this?


Takdir temukan kita.

Kau yang selalu menjadi sahabat.

Kau insan yang selalu di samping aku ketika susah dan senang.

Kau yang selalu menjadi pendengar masalah aku yang remeh itu.

Kau yang selalu memberi kata-kata semangat ketika aku rebah.

Kau yang selalu menjadi perosak alam bersama aku.

Kau. Satu-satunya sahabat aku yang terlalu gilakan ayam KFC.

Kau, aku dan camwhore. Kita bertiga sebati.

Kau. Akan tetap menjadi sahabat dunia akhirat aku, jika diizinkan Allah.

Maaf jika sepanjang persahabatan kita, aku dah banyak sakitkan hati kau.

Akan aku doakan persahabatan kita.

InshaaAllah.

Aku sayang kau sahabat. Sayang.

*tiba-tiba aku rindu semua orang hari ni*

Tuesday, 27 August 2013

Respect. Easy as ABC 123.

Assalamualaikum..

 
 
Aku manusia biasa. Manusia yang selalu berkecil hati.
Hal itu remeh, mungkin. Tapi, tak semua orang berfikiran sama seperti kita.
 
Cukup. Jangan bergurau seperti itu jika tak mahu aku berharap.
Kau tahu apa yang aku maksudkan.
Maaf, keadaan sekarang bukan seperti dulu.

Aku penat. Penat kerana selalu berkecil hati. Tolong, kali ini, hentikan semua tu.
Bukan tak boleh bergurau, tapi tolong fikir perasaan aku.

Tak semua gurauan boleh ditelan mentah-mentah.

Friday, 23 August 2013

Aku, Kau, Dia dan Mereka.. Itulah Kehidupan..

Assalamualaikum..

Menyepi.. Hanya itu yang bermain di fikiran..
Menyepi daripada semua.. Daripada mereka, dia, kamu.. Semua..

Tetapi aku tahu, susah.. Kerana kita semua dicipta untuk saling melengkapi..
Siapa aku tanpa mereka.. Siapa aku tanpa dia.. Dan siapa aku tanpa kamu..
Dan aku sendiri tidak mampu berdiri dengan dua kaki ini sahaja..

Hidup di dalam kepura-puraan, itu yang sedang aku lalui.. Hidup dalam perasaan 'gembira'..
Ya, aku gembira, tetapi tiada satu orang pun tahu apa yang terbuku di dalam hati kecil aku ni..

Bila bersendiri, fikiran melayang entah ke mana.. Fikir tentang aku, hidup aku, kau, dia, kita, mereka, masa depan.. Bila aku penat berfikir, aku menangis..

Kehidupan ini tidak mudah kerana ia bukan senang seperti menyebut abc atau memetik jari..

Aku manusia biasa.. Hidup penuh drama.. Ibarat drama samarinda yang penuh dengan dendam, slot akasia yang penuh dengan cinta, juga seperti panggung sabtu yang penuh dengan gelak dan tangis..

Apa nak buat? Soalan klishe.. Aku putuskan untuk 'follow the flow'..

Ada perkara yang patut dikongsi, ada cerita yang patut disimpan dalam hati..
Susah untuk menyatakan situasi yang dialami..

Ya, tiada satu pun yang mudah dalam hidup ini..
Setiap hari berjalan di atas jalan cerita yang ditakdirkan olehNya..

Apa yang aku lalui tidak pernah terlintas dalam benakku.. Aku, kau, dia, kita, mereka.. Kita semua tak tahu apa yang bakal berlaku sejam selepas ini, sehari selepas ini, ataupun dalam bahasa mudah, masa depan..

Aku dengan hidup aku.. Engkau dengan hidup engkau.. Namun, kita sama sahaja.. Hidup ibarat pementasan yang kita sendiri reka..

Kesilapan sudah menjadi bayang-bayang sendiri..
Serik? Sampai mati pun manusia tak pernah mengerti apa itu erti serik..
Aku sendiri, tak pernah belajar dari masa silam.. Entah sampai bila..

Yang aku tahu, bahagiakan diri sendiri.. Dengan pembohongan yang aku sendiri minta..

*diam*

Bercerita sekadar untuk berkongsi, bercerita sekadar untuk meluahkan..
Kiri kanan, ada yang fitnah.. Depan belakang, ada yang menghukum..
Persetankan..
Itulah kehidupan..

Aku terus mengingatkan diri aku sendiri..
Tak guna menoleh ke belakang, meratap merintih kesilapan yang lepas..
Berpaling untuk belajar dari kesilapan, kemudian pandang depan semula, teruskan perjalanan..

Hanya teruskan perjalanan di atas jalanNya.. Redha.. Aku cuba.. Aku cuba..
Allah, kuatkan aku.. Hanya Engkau yang tahu apa yang akan berlaku dan apa yang terbaik..