Wednesday, 25 December 2013

Rindu..

Kerana aku rindu, aku menaip.

My dear,
No matter what has happened.
No matter what you've done.
No matter what you will do.
I will always love you.

You give me hope.
You teach me to care.
You teach me how to be patient.
You put smile on my lips.
You fill me with love.
All I want is to be with you,
Forever.

Tidak pernah terlintas untuk memiliki kamu.
Tidak pernah.
But now, I do have you.

I hope our relationship will last forever.
I want to grow old with you.
I want to be by your side.
I want to make you happy.
I want to stay with you.

I bet you will never know how much I love you.
Thank you for everything.

p/s : All the best for your final examination my dear Arif. Fighting ! :D


Saturday, 14 December 2013

13/12/13

13/12/13..

*teruja*

Terima kasih kepada kamu, Muhammad..

*senyum*

Tak terkata tak terucap..
Teruja..
Terima kasih, untuk perasaan ini..
Untuk segala-galanya..

Aku mahu menjaga kamu..
Aku mahu menjadi yang terbaik..
Aku mahu kamu..
Sentiasa mahu kamu..

I'm not perfect..
But I'll try the best for you, my love..

I loved you..
I love you..
I will always love you..

*termenung*
*senyum*

Seperti satu mimpi..
Seperti satu igauan..

Sekali lagi terima kasih untuk perasaan ini.. ❤️


Wednesday, 13 November 2013

Kenapa..

Walau aku tahu semua itu menyakitkan aku,
Namun pilihan apa yang kau beri untuk aku?
Pilihan apa yang aku ada?

Tak ada satu pilihan pun. Tak ada.

Aku ok.
Aku ok.

Semua itu BOHONG.

Kenapa aku?
Kenapa aku terpaksa korbankan separuh hidup aku untuk kau?
Walhal, kau bukan sesiapa dalam hidup aku.

Ya, aku perempuan.
Aku sepatutnya tahu apa yang kau rasa.

Tetapi kau sendiri tak pernah tahu apa yang orang lain pernah lalui dan akan lalui.
Bukan aku. Tetapi dia.
Fikir.
Fikir tentang apa yang dia lalui.
Fikir tentang apa yang dia akan lalui.
Itu cukup.

Betul kata orang,
Manusia tak akan diam selagi mereka tak dapat apa yang mereka nak.
Tak akan.

Sampai bila?
Sampai bila kau nak sakiti aku dengan kata-kata kau? Sampai bila kau nak dia terus dalam dilema?
Sampai bila kau nak terus bermain dengan permainan kau?

Aku tiada pilihan.
Kau yang kawal permainan ni.
Itu.
Itu penyebab mengapa aku buat keputusan sebegini.
Keputusan yang tak adil buat diri aku sendiri.

Aku sayang dia.
Tetapi aku takkan sakitkan dia untuk kebahagiaan aku.
Tak akan. Tak akan.
Walau aku tak dapat pertahankan persahabatan itu,
Aku takkan sakiti dia.

Tak akan.

Wednesday, 28 August 2013

Kalau...


 
 

 
 :)

Takdir Temukan Kita

Assalamualaikum..

Jujue,

Did you know how much I love you babe?

Did you know how much I miss you?

Did you know I never thought that we would be such good friends like this?


Takdir temukan kita.

Kau yang selalu menjadi sahabat.

Kau insan yang selalu di samping aku ketika susah dan senang.

Kau yang selalu menjadi pendengar masalah aku yang remeh itu.

Kau yang selalu memberi kata-kata semangat ketika aku rebah.

Kau yang selalu menjadi perosak alam bersama aku.

Kau. Satu-satunya sahabat aku yang terlalu gilakan ayam KFC.

Kau, aku dan camwhore. Kita bertiga sebati.

Kau. Akan tetap menjadi sahabat dunia akhirat aku, jika diizinkan Allah.

Maaf jika sepanjang persahabatan kita, aku dah banyak sakitkan hati kau.

Akan aku doakan persahabatan kita.

InshaaAllah.

Aku sayang kau sahabat. Sayang.

*tiba-tiba aku rindu semua orang hari ni*

Tuesday, 27 August 2013

Respect. Easy as ABC 123.

Assalamualaikum..

 
 
Aku manusia biasa. Manusia yang selalu berkecil hati.
Hal itu remeh, mungkin. Tapi, tak semua orang berfikiran sama seperti kita.
 
Cukup. Jangan bergurau seperti itu jika tak mahu aku berharap.
Kau tahu apa yang aku maksudkan.
Maaf, keadaan sekarang bukan seperti dulu.

Aku penat. Penat kerana selalu berkecil hati. Tolong, kali ini, hentikan semua tu.
Bukan tak boleh bergurau, tapi tolong fikir perasaan aku.

Tak semua gurauan boleh ditelan mentah-mentah.

Friday, 23 August 2013

Aku, Kau, Dia dan Mereka.. Itulah Kehidupan..

Assalamualaikum..

Menyepi.. Hanya itu yang bermain di fikiran..
Menyepi daripada semua.. Daripada mereka, dia, kamu.. Semua..

Tetapi aku tahu, susah.. Kerana kita semua dicipta untuk saling melengkapi..
Siapa aku tanpa mereka.. Siapa aku tanpa dia.. Dan siapa aku tanpa kamu..
Dan aku sendiri tidak mampu berdiri dengan dua kaki ini sahaja..

Hidup di dalam kepura-puraan, itu yang sedang aku lalui.. Hidup dalam perasaan 'gembira'..
Ya, aku gembira, tetapi tiada satu orang pun tahu apa yang terbuku di dalam hati kecil aku ni..

Bila bersendiri, fikiran melayang entah ke mana.. Fikir tentang aku, hidup aku, kau, dia, kita, mereka, masa depan.. Bila aku penat berfikir, aku menangis..

Kehidupan ini tidak mudah kerana ia bukan senang seperti menyebut abc atau memetik jari..

Aku manusia biasa.. Hidup penuh drama.. Ibarat drama samarinda yang penuh dengan dendam, slot akasia yang penuh dengan cinta, juga seperti panggung sabtu yang penuh dengan gelak dan tangis..

Apa nak buat? Soalan klishe.. Aku putuskan untuk 'follow the flow'..

Ada perkara yang patut dikongsi, ada cerita yang patut disimpan dalam hati..
Susah untuk menyatakan situasi yang dialami..

Ya, tiada satu pun yang mudah dalam hidup ini..
Setiap hari berjalan di atas jalan cerita yang ditakdirkan olehNya..

Apa yang aku lalui tidak pernah terlintas dalam benakku.. Aku, kau, dia, kita, mereka.. Kita semua tak tahu apa yang bakal berlaku sejam selepas ini, sehari selepas ini, ataupun dalam bahasa mudah, masa depan..

Aku dengan hidup aku.. Engkau dengan hidup engkau.. Namun, kita sama sahaja.. Hidup ibarat pementasan yang kita sendiri reka..

Kesilapan sudah menjadi bayang-bayang sendiri..
Serik? Sampai mati pun manusia tak pernah mengerti apa itu erti serik..
Aku sendiri, tak pernah belajar dari masa silam.. Entah sampai bila..

Yang aku tahu, bahagiakan diri sendiri.. Dengan pembohongan yang aku sendiri minta..

*diam*

Bercerita sekadar untuk berkongsi, bercerita sekadar untuk meluahkan..
Kiri kanan, ada yang fitnah.. Depan belakang, ada yang menghukum..
Persetankan..
Itulah kehidupan..

Aku terus mengingatkan diri aku sendiri..
Tak guna menoleh ke belakang, meratap merintih kesilapan yang lepas..
Berpaling untuk belajar dari kesilapan, kemudian pandang depan semula, teruskan perjalanan..

Hanya teruskan perjalanan di atas jalanNya.. Redha.. Aku cuba.. Aku cuba..
Allah, kuatkan aku.. Hanya Engkau yang tahu apa yang akan berlaku dan apa yang terbaik..

Thursday, 4 July 2013

Tok Wan, Ayah dan Long.. Al-Fatihah..

Assalamualaikum..
Bismillah..

Hari ni tiba-tiba teringat dekat arwah tok, arwah ayah and arwah Long..
Entah kenapa, lepas siap baca al-Quran tadi, tiba-tiba teringat dekat arwah..

Mula-mula ingat arwah tok.. Sebab dulu arwah tok selalu ajar mengaji.. Tiap-tiap malam..
Hurmm..

Arwah tok meninggal tahun 2000, arwah ayah meninggal tahun 2004, arwah Long meninggal tahun 2008..
Secara kebetulan atau tidak, cuba perhatikan, 4 tahun sekali, aku kehilangan antara orang yang penting dalam hidup aku.. Dah lama aku perasan, 4 tahun sekali.. Hurmm.. Kebetulan je tu kot... :)
Pernah jugak aku cakap dekat anak sepupu aku, "Perasan tak, 4 tahun sekali semua ni berlaku"
And she said to me, "A'ah la, baru perasan.. Agak-agak lepas ni siapa lah kan?"

Tahun 2012, mak kepada anak sepupu aku tadi tu pula yang meninggal.. Ya Allah, berderau jantung aku masa dapat berita kematian isteri sepupu aku tu..

Allah lagi sayangkan mereka... Ya Allah, tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang beriman..

Tahun 2000.. Mungkin time tu aku masih anak kecil yang tidak mampu berfikiran matang lagi..
Namun kenangan bersama orang tersayang masih segar dalam ingatan, even not 100%..
Arwah tok.. Dia.. Orang paling aku rapat masa tu... Paling rapat..

Semua benda yang aku buat mesti nak ada dengan tok.. Makan, main, tidur, mengaji.. Semualah.. Semua..
Dulu selalu mengaji (baca al-Quran) dengan arwah tok.. Beraturlah kami adik beradik..
Tapi mesti aku nak jadi orang last.. Sebab aku suka mengaji dengan arwah tok..
Tidur pun nak dengan arwah tok.. Arwah tok tidur sorang dekat bilik belakang..
So, aku lah yang temankan.. Entah kenapa, time tu aku rasa tok lah segala-galanya..

Aku sangat manja dengan arwah tok.. Antara adik beradik aku, aku paling manja dengan arwah..
Sampaikan kalau gaduh dengan adik aku ni, tok mesti menangkan aku..
Kalau sekarang ni kami adik beradik bercerita pasal arwah tok, mesti abang-abang, kakak or adik aku akan cakap, "aku selalu kena marah dengan tok wan dulu" tapi aku tak...
Aku rasa aku tak pernah kena marah dengan arwah tok..
Sampaikan ada orang cakap, I'm not sure siapa, rasanya sepupu aku kot, dia cakap aku ni anak tok.. Sebab manja sangat.. hee..
Time paling best, time makan.. Kadang-kadang arwah tok mesti suapkan aku..
Paling favourite, pulut kelapa and ikan masin.. Hehehe.. Tu sarapan..
Kalau makan tengahari, lauk ikan singgang, paling favourite ! Yes, paling ! Hehe..
KALAULAH arwah tok masih ada sampai hari ni, mesti aku nak arwah tok suapkan nasi untuk aku lagi..
Ya Allah, rindunya..
Dulu tok tenun kain songket tau.. Tok tak tenun, tapi, I don't know what we call that, tapi yang main-main dengan banyak benang or something like that la (untuk buat corak pada songket tu).. Haaa tok buat tu la..
Petang-petang mesti tok buat, and aku, menyibuk... Hehe.. Ambil bantal, baring dekat dengan tok.. Hehe.. Menggedik je kerja aku dulu.. Hehehe..
Sampai sekarang, ada lagi gambar tok masa sambut birthday aku.. :')
Kalau rindu, mesti tengok gambar tu..

Lepas arwah tok pergi, 4 tahun lepas tu, arwah ayah pulak.. Ujian untuk kami sekeluarga..
Masa arwah ayah meninggal. aku darjah 6.. Masa ni dah boleh fikir dengan waras lah kata orang..
Bayangkan, tahun aku ambil UPSR.. Arwah ayah meninggal 18/2/2004..
Aku ingat lagi.. Masa tu subuh.. Biasanya arwah ayah bangun awal.. Tapi hari tu, pukul 6.30-7.00 pagi macam tu la, mama pergi kejutkan ayah, tiba-tiba ayah kaku.. Tak bergerak.. Allah lagi sayangkan ayah..

Macam-macam kenangan ada dengan ayah.. Arwah ayah rajin bawa kami adik beradik pergi pantai.. Almost setiap hari minggu, mesti ke pantai.. Kutip cengkerang.. Lepas tu arwah ayah pernah buatkan rantai berloketkan cengkerang tu.. Sweet tak? :')
Lepas tu, arwah ayah pun rajin bawak anak-anak dia pergi pusing-pusing kampung naik motor..
Padahal ayah baru je balik kerja.. Tapi dia still layan kerenah anak-anak dia..
Still willing untuk bawak anak- anak dia pergi pusing kampung, naik motor sampai ke sungai muzium tu (dulu rumah dekat dengan sungai and muzium Terengganu)..
Abang-abang tak ada kat rumah, semua duk hostel.. So, kami berempat je yang ada.. Kakak, aku and dua lagi adik aku..
Kadang-kadang terpaksa gilir-gilir.. Ye lah, mana muat motor kan.. Hehehe..
Ayah bawak pergi pusing kampung, pusing semua tempat yang ada.. Hehe..
Bila time bulan Ramadhan je, mesti seronok...
Arwah ayah rajin masak tau.. And rajin jugak bawak kami pergi bazar... :)
Paling aku ingat, arwah ayah buat yong tou fu.. Ya Allah, sedap tau ! :)
Ayah takkan singgah bazar dulu lepas balik kerja, dia akan balik rumah dulu.. Solat semua tu, and then baru la start motor, bawak kitorang pergi bazar.. Kena gilir-gilir la.. Hari ni aku ikut, esok kau pulak.. Haa.. Hehe..
Jarang arwah ayah bawak kereta sebab bazar dekat Chabang Tiga tu sesak sangat. even sekarang pun, aku rasa bazar tu still ramai..
Kitorang nak air buah, dapat.. Nak kuih itu, dapat... Nak kuih ini, dapat.. Nak bunga api, dapat..
Boleh katakan almost everything kami dapat.. Almost, not everything ok? :)
Kadang-kadang ayah tak bagi jugak kalau dah mintak lebih-lebih.. Hehe..
Sampaikan mama kadang-kadang bising kalau beli banyak.. Hehehe..
Arwah ayah sangat sangat sangat tegas.. Tapi dalam masa yang sama. dia sangat penyayang..
Arwah ayah pandai maths ! Dulu kerja sekolah matematik mesti mintak tolong ayah ajarkan..
Sampai sekarang, sebab itu lah aku minat sangat dengan matematik.. :)
Kalau tak ingat sifir, mesti ayah marah.. Hehehe.. And tiap-tiap malam mesti kena hafal sifir..
Ya Allah, terima kasih.. Terima kasih kerana jadikan arwah Omar bin Ismail ini ayah kandungku..
Dia dah didik aku dengan sempurna, sangat sempurna.. Tiada siapa yang boleh ganti tempat dia..
Ya Allah, kau tempatkanlah arwah ayah dalam kalangan orang yang kau kasihi dan dalam kalangan orang yang soleh..
Sesungguhnya dia adalah ayah yang paling sempurna kepada kami..

Tahun 2008, arwah Long (mak Long) pulak yang tinggalkan aku..
Sekali lagi, ujian.. Masa ni aku form 4..
Arwah Long, kakak kepada arwah ayah..Kakak sulong..

Arwah long sangat serupa dengan arwah tok.. Rupa, perangai, tabiat..
Hampir semua sama dengan arwah tok...
Kalau dulu, mama pergi outstation ke, mama pergi konvo abang-abang ke, mesti aku kena tinggal dekat rumah Long.. Mula-mula cebik jugak lah muka ni, tapi apakan daya..
Rumah Long dekat je dengan rumah aku, depan je..
Ada suatu hari tu, mama terpaksa ke KL, konvo abang ke abang apis, macam tu lah...
Semua ikut, kakak, adik.. Aku je yang tak boleh nak ikut.. Sebab time tu betul-betul trial PMR..
Sedih la kan, orang lain pergi KL, aku kena hadap kertas soalan..
Dalam 3-4 hari lah kot mama pergi KL.. Tapi mama tak risau sebab arwah Long ada time tu, dia boleh jagakan aku.. :)
Masa tu pergi sekolah naik van, so lagi lah mama tak risau..
Sepanjang aku dekat rumah Long, aku tidur sebelah Long.. (sesungguhnya aku rindu detik itu)
Hari pertama Long kejut aku pergi sekolah, pukul 5 pagi ! Huhu.. Mama kejut aku pun pukul 6..
Tapi aku faham, Long memang biasa bangun awal.. Sebab Long akan pergi surau, subuh dekat sana..
And the most important, mandi air telaga ! Sangat best ok.. Sangat !
Mula-mula aku duk rumah Long tu, Long pergi la jugak surau, hari kedua, Long tak pergi, maybe sebab takut tak sempat siapkan sarapan aku kot.. Ya Allah.. :')
Long suka kalau ada orang duk rumah dia..Sebab anak cucu dia dekat KL.. Tu yang sunyi sikit..
Sarapan paling simple yang Long akan buat, pulut ikan masin, sama macam tok buat.. :)
Sedap !
Arwah Long jarang masak, tapi dia suka masak bila ada orang dekat rumah dia..
Nak nak kalau raya, ya Allah, macam-macam makanan ada dekat rumah Long.. :)
Dulu kalau pergi sekolah, kena tunggu van sebelum pukul 6.30... Sebab van datang ambik pukul 6.30 pagi..
Masa tu, arwah Long selalu temankan... Dari hari pertama.. Sampai mama balik..
Arwah Long temankan aku tunggu van.. Biasanya aku tunggu sorang je.. Takpun dengan kakak.. Tapi kakak naik van lain..
Duduk dengan arwah Long, semua kena awal tau.. Hehe.. Kami tunggu van sekolah pukul 6.10-6.15 macam tu la.. Awal kan? Hehe..
And kalau van lambat, Long akan tunggu sekali... Ya Allah... :')
And satu lagi, Long tanya, " Liya ada duit belanja tak?"
Aku jawab, "Ada, mama dah bagi untuk 3-4 hari"
Tapi time tu, Long keluarkan duit, Long bagi lagi duit belanja dekat aku..
Aku masih ingat, RM10 :)
Long pesan, "nanti makan.." Ya Allah, sesungguhnya aku rindu dia.. Rindu pada Long..
The way dia layan aku, just like her own daughter..
Sumpah aku rindu detik dan saat itu..
Balik sekolah je, Long dah tunggu dekat tangga rumah... :)
Dia akan cakap, "Ya gi makan dulu, Long masak dah tu.."
Even aku dah kenyang or aku tak larat nak makan, aku makan jugak..
Sebab, arwah Long suka bila orang makan apa yang dia masak.. :)

Tak lama lepas tu, Long jatuh sakit.. Long kena tahan dekat ward..
Aku sibuk, sampai tiada masa sedikit pun untuk lawat arwah Long time tu..
Itulah perkara yang paling buat aku menyesal tak sudah.. Menyesal..
Aku balik sekolah lambat, banyak aktiviti, so aku susah sikit nak pergi hospital..
Aku ingat lagi, masa mama baru balik dari hospital, mama cakap "tadi Long tanya pasal kak ya.."
"Long tanya mana 'anak' Long" Time tu serius aku sebak ! Sangat sebak..
Long panggil aku anak dia.. Ya Allah...
Lepas Long keluar hospital tu, aku ada pergi rumah Long..
Lepas tu, Allah lagi sayangkan Long.. :(
Long pergi selamanya.. Selamanya...

Ayat mama paling aku ingat, "masa Long duk hospital tu kan, betul-betul sebelah katil arwah tok... Depan tu katil arwah ayah.."

YA ALLAH, jangan kau padamkan ingatan ini supaya aku akan terus mengingati mereka.. Mereka yang telah membuat hidup aku sangat indah.. Sumpah aku sayang mereka ya Allah..Tempatkan mereka dalam golongan yang dikasihi dan dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah.. Amiin...

Agak panjang entry kali ni..

Assalamualaikum semua...