Saturday, 23 September 2017

I am officially engaged ! - One Step Closer #FarahArif

Assalamualaikum! Fuhh.. Fuhh.. Berhabuk dah blog ni! Hehe..
Biasalah dah bekerja ni, balik kerja, tidur, bangun tidur, pergi kerja balik. Memang kurang masa lah nak mengadap laptop ni.

So... yeah, Alhamdulillah, I'm officially engaged to the man of my dreams! Hihi.. Actually cerita ni dah dua bulan.. Haha.. Nak update tapi macam aku cakap tadi, busy memanjang..

At the age of 25, finally I got engaged to him.. So, aku nak cerita perjalanan aku sebelum kami bertunang sehingga majlis ni selesai.. You know what, kami tak plan pun nak bertunang.. Haha.. Actually kami dah plan untuk merisik je, then after that terus kahwin.. Tapi bertunang jugak akhirnya, atas persetujuan pihak aku and pihak dia..

15 July 2017, tarikh kami pilih untuk bertunang.. Masa tu 2-3 minggu selepas raya tak silap aku.. Agak kelam-kabut.. Tapi semua berjalan lancar.. Ingatkan tunang ni tak banyak benda kena fikir, tapi bila dah lalui sendiri, hahaha agak serabut.. Tambah pulak last minute punya plan.. Hihi..

So ringkaskan cerita, persiapan majlis pertunangan kami alhamdulillah berjalan lancar..
Ni aku share serba sedikit persiapan aku untuk majlis pertunangan kami..


Baju tunang & shawl - beli dekat bazar (kebetulan bulan puasa, banyak orang jual baju raya)
Veil - veil SIL masa dia bertunang dengan abang aku haha
Pelamin - @pelaminmurahkuantan (ni nama instagram dia) Harga berpatutan!
Make up - @iendaazlindafull (ni pun cari dekat instagram) Recommended! Make up cantik, harga berpatutan!
Photographer - @precious_photowork (jumpa dekat instagram jugak) Photographer ramah, harga servis berpatutan!


Oh lupa nak share pasal hantaran! Hantaran bertunang kami 5 balas 5.. Tak ikut adat.. Haha.. Buat kepala sendiri je kan hehe..

Hantaran perempuan kepada lelaki (daripada aku kepada dia)
1) Minyak wangi
2) Manisan (brownies)
3) Manisan (tart)
4) Baju kemeja 2 pasang
5) Kain pasang (untuk nikah nanti)

Hantaran lelaki kepada perempuan (daripada dia kepada aku)
1) Cincin dua bentuk
2) Sirih junjung
3) Kain pasang (untuk nikah nanti)
4) Buah-buahan
5) Manisan (coklat)

Nah belanja sikit gambar masa hari kejadian.. Hehe.. Credit to Precious Photowork for the nice pictures..

My big family.. Semua ada kecuali Kakak sebab dia on call..


Umi.. Future mother in law.. 


Acah-acah sikit.. Haha..



Kawan-kawan dia je yang datang, kawan-kawan aku semua duduk jauh! haha..



Last but no least, many thanks to my family, my future family in law, and yes of course to my fiance for everything. Thanks jugak kepada sponsors yang sudi hulurkan bantuan ringankan beban kami hahaha!

Alhamdulillah! One step closer! Doakan kami! :) #FarahArif

Assalamualaikum!

Tuesday, 30 May 2017

Saya seorang cikgu tadika

Assalamualaikum and hi! Salam Ramadhan Kareem semua!
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berjumpa dengan  bulan mulia ni. Alhamdulillah!

Sejak bekerja ni, busy dia lain macam. Haha. Yelah, masuk kerja pukul 7.45 pagi, balik kadang-kadang pukul 5.30 petang, kadang-kadang sampai 6.30 petang. Tapi bulan puasa ni paling lambat pun 5.30 dah boleh balik.  Adatlah kan. Nama pun bekerja. Syukur.

Bila dah habis belajar, and bila dah bekerja ni, biasalah, saudara-mara kau akan tanya, "dah kerja ke sekarang?, "kerja kat mana?", "kerja apa?" and bla bla bla. Kalau setakat tanya je tak apa, aku tak kisah pun. Bila saya jawab "saya CIKGU TADIKA" siap ada add-on soalan lain, "kerja cikgu tadika JE?" Hahaha. Perlu ke soalan macam tu? Tak cukup lagi, tanya lagi, "berapa gaji awak?" kahkahkah! Are you kidding me? These people are sick!

Firstly, YES MAK CIK PAK CIK, SAYA KERJA SEBAGAI SEORANG CIKGU TADIKA/EARLY CHILDHOOD TEACHER di sebuah tadika swasta.

Second, SAYA KERJA SEBAGAI SEORANG CIKGU TADIKA SEBAB SAYA MINAT. INI CITA-CITA SAYA.

Third, mak cik pak cik tanya berapa gaji saya? ALHAMDULILLAH, GAJI SAYA CUKUP UNTUK SAVING KAHWIN (ehh! haha), UNTUK BELANJA DAPUR RUMAH MAK SAYA, MINYAK KERETA, BILLS, PTPTN, KEPERLUAN HARIAN SAYA AND SO ON. Alhamdulillah!

I really don't understand why people keep asking me those questions. Suka hati saya lah nak kerja apa. Haha. Janji saya suka kerja saya, saya happy bila pergi kerja, saya dapat majikan yang sangat sangat sangat baik hati (seriously), dapat kawan-kawan sekerja yang masyaAllah memang hebat and baik hati. Syukur!

Please people, don't ask those STUPID questions. Sorry to say, but yes, that's stupid and rude. Orang nak kerja apa-apa pun, orang dapat kerja apa-apa pun, gaji takat mana pun, biarkan. Korang tak payah sibuk. Tak payah sibuk nak jaga tepi kain orang.

Sorry lah, entry kali ni macam emm marah sikit. Haha. Yela, angin jugaklah kan bilamana semua nak pertikaikan kenapa kerja sebagai cikgu tadika. Eh seronok tau kerja saya ni! Tak stress (yang jadi stress bila orang sibuk hal aku), tak kena marah dengan boss, tak kena duduk tengah panas, haa lagi apa lagi. Haha.

Senang cerita, teaching is my passion. I love teaching. I love kids (they love me too, very much) Haha. Alhamdulillah, seronok. Syukur jugak sebab mama, abang-abang, kakak-kakak and adik-adik tak pernah pertikaikan minat aku. Tak lupa juga, boypreng kita, selalu bagi semangat. Hihi.

Dulu hampir putus asa untuk kejar cita-cita aku untuk jadi seorang cikgu ni. Yelah, apply maktab, tak dapat. Nak apply early childhood education, tak diberi peluang (panjang ceritanya). Tapi kalau Allah dah cakap Dia nak bagi, Dia bagi. Alhamdulillah.

Apa-apa pun doakan saya dapat mendidik anak-anak kecil ni untuk menjadi khalifah-khalifah Allah yang hebat, inshaAllah! So, that's all untuk entry kali ni. Assalamualaikum.

p/s: Jangan pandang rendah kerjaya cikgu tadika ni tau, sebab dulu-dulu awak-awak semua pun belajar menulis, mewarna, membaca, mengeja semua tu dengan siapa?..... Okay, tahu tak apa.


Friday, 18 November 2016

Alhamdulillah ! Officially Graduated and Employed

Assalamualaikum and Hi !

Ya Allah lamanya tak update blog ni.. Setahun kot ! Haha..
Me is busy, seriously busy.. Hihi..

So, bila setahun tak update, maknanya banyaklah ceritanya kan?
Banyak tapi kita pendekkan ajelah ! Kalau cerita satu per satu, tak masuk kerja lah aku esok.. Haha..

First of all, alhamdulillah, I am now a holder of Bachelor's Degree In Real Estate Management (Hons.) ! Syukur, syukur, syukur.. Alhamdulillah, I am officially graduated from Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)..


Yeay! Alhamdulillah!


Thanks Ma for everything.. This is for you.. Ayah, this is for you too..

And for you abang-abang, kakak and adik-adik, thank you so much for everything.. Semangat, doa, duit belanja (HAHAHA) and semualah! Hihi..

Selama 4 tahun dekat Johor, susah-senang aku tak berseorangan.. I have them.. Amni, Ki and Bibie.. A lot of love for you guys! Thanks for the memories.. Congratulations guys!


Our pre-convo! :)



My pre-convo (I mean, the second pre-convo.. Hihi..)
Thanks Love! :)

So yang kedua, alhamdulillah, again. Sebab? Sebab tak sempat menganggur.. Hihi.. Syukur! 
Right after I finished my industrial training, dapat offer kerja dekat tempat praktikal tu jugak.. Kerja as an Estate Agent.. Or ada sesetengah orang panggil Property Agent.. 

Tapi.. Haa.. Ada tapinya.. Tapi dalam sebulan lebih aku kerja, I chose to resign.. Hihi.. 
Yeah, people keep asked me, "kenapa resign?"Ada banyak sebab aku resigned..
First, alhamdulillah, sebab dapat kerja lain.. Second, sebab aku tak suka bekerja dengan 'orang' tu.. Haha..
"Tak rindu office lama?" "Tak teringat ke kat tempat kerja lama?" Yes, I do miss them, tapi bukan semua okay!

So, berbalik pada cerita aku dapat kerja lain tu.. Believe me or not, aku dapat kerja yang betul-betul terpesong dari apa yang aku belajar selama 4 tahun dekat universiti tu.. Haha.. Alhamdulillah, aku dapat kerja as a Teacher.. or specifically, a Kindergarten Teacher.. So, yeay! Hihi.. Tuhan je tahu betapa sukanya bila dapat offer tu..

Actually, I always wanted to be a teacher//kindergarten teacher.. Yeah, I love teaching, I love kids..
So now, I'm into teaching and I'm happy! Alhamdulillah, rezeki.. Aku dapat jadi teacher, dapat duduk Kuantan dengan Mama (my mom is a single mother)..

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?" (QS Ar-Rahman: 13)

Kalau nak dibandingkan income seorang cikgu tadika dengan ejen hartanah, memang jauh berbeza.. Nama pun ejen hartanah kan, income memang masyuk.. Tapi aku tetap pilih nak jadi cikgu tadika.. Hihi..

Banyak sebab kenapa aku suka sangat jadi cikgu tadika ni..
First, macam aku cerita tadi, I always wanted to be a teacher.. Teaching is my passion..
Second, I love kids. I mean, I really love them!
Third, aku nak kejar saham akhirat, inshaAllah..

So, alhamdulillah for everything.. Officially graduated and employed!
Next entry aku cerita lagi okay! Assalamualaikum..

Doakan lepas ni aku dapat jadi part time home baker pulak okay! Hihi..

-Teacher Yana (yes, they call me Teacher Yana.. Haha.. Lembut sangat!)-

Wednesday, 24 June 2015

Another Ramadhan Without Him

Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Masih dipinjamkan nyawa..
Dan.. Alhamdulillah, diberi peluang untuk sambut Ramadhan lagi..

Ramadhan.. Bulan penuh kemuliaan..
First time sambut Ramadhan dekat Johor..
Walaupun suasana agak berbeza..
Perasaan kali pertama berpuasa jauh dari family? Mestilah ada rasa terkilan.. Hee..
Dah besar pun nak terkilan sambut Ramadhan jauh dari family..
Tapi apakan daya, belajar tetap belajar..
Well, I'm a big girl right.. Hehe..

Tapi perasaan yang sama bila tiba bulan Ramadhan..
Ayah.. Hmm..
Another Ramadhan without Ayah..

Ayah, Kak Yaa rindu Ayah..
Tak dapat nak ungkap betapa rindunya..
Tak dapat tahan air mata..

11 tahun.. Tahun ni, masuk tahun ke 11 arwah Ayah pergi tinggalkan kami..
Tahun 2004, Ayah pergi mengadap Allah..
18 Februari 2004, perginya insan bernama Omar bin Ismail..
Tak mudah untuk seorang budak berumur 12 tahun ketika itu untuk terima dugaan sebesar itu..
Dan tak mudah juga untuk seorang gadis berumur 23 tahun ketika ini untuk menahan air mata, setiap kali teringat..

Setiap hari mesti akan terbayangkan Ayah..
Alhamdulillah, Allah tak pernah padam wajah Ayah dalam ingatan aku..

Hmm.. How I wish you were here Ayah..
Sambut Ramadhan sama-sama.. Berbuka sama-sama..
Sahur sama-sama.. Terawih sama-sama..

Tapi, Allah lagi sayangkan Ayah..

InshaAllah Ayah, doa Kak Yaa untuk Ayah tak pernah putus..
Semoga Ayah ditempatkan bersama orang beriman..

..............................................................................................................................

InshaAllah, semoga diri ini selalu kuat..
Semoga terus tabah menjalani hari-hari mendatang..




















Kak Yaa sayang Ayah tau..




Asslamualaikum..



Tuesday, 17 March 2015

Aku Super Senior?

Assalamualaikum and a very good morning ! *haha macam skrip masa lead perhimpunan*

This is my first entry on 2015.. Nampaklah dah lama tak update kan? Dah bulan March kot ! Hee..
Sekarang dah 2015 and I'm a super senior! HAHA..

Tahun 3 sem 2, atau lagi mudah faham, aku dah masuk sem yang ke-6 ! Yeay !
Oh wait, should I said 'yeay'? HAHA.. 50% for yeay ! and 50% for ohh no !
Almaklumlah, sekarang dah mula buat PSM atau bahasa mudah dia, Projek Sarjana Muda atau nak lagi mudah, FYP (Final Year Project).

Cepatnya masa berlalu pergi. Rasa macam baru lagi masuk u ni. (over)
HAHA.
Tuptap, dah kena buat PSM dah.
And yes, I'm not ready both physical and mental.

PSM punya stress ni lain macam.
Percaya tak kalau aku cakap dia punya stress tu sampai kau tak sempat nak fikir makan pun?
Serius aku tak tipu.
Berhantu betul PSM ni.

(mungkin aku boleh capai misi berat badan ideal sambil buat PSM ni)

Tapi, aku kena hadap jugak.
Aku kena tempuh jugak.
Aku kena siapkan jugak.

:)

Pengalaman ni la yang akan buat aku lebih dewasa.
Walaupun aku rasa aku terlalu muda untuk semua ni.

Ni baru stress pasal pelajaran.
Tak termasuk lagi stress kawan-kawan.
Stress pasal duit.
Stress pasal cinta (ehhh ! :P no, I'm just kidding )

Hehe.

InshaAllah everything will be fine.
Amiin.



Assalamualaikum.

Sunday, 14 December 2014

Annoying Person

"KITA SEMUA MESTI ADA SEORANG (OR MAYBE MORE THAN ONE) YANG JENIS TAK BOLEH TENGOK ORANG LEBIH DARIPADA DIA"
and

TAK NAK KALAH 

 
AKU PEGHATI JE PERANGAI KAU. OMG, SERIOUSLY YOU ANNOYED ME ENOUGH. 

Semua benda, kau je betul.
Semua benda, kau je tahu.

MENYAMPAH TAHU?



p/s : sorry. kali ni sesi lepas geram yang dah lama ditahan

Thursday, 18 September 2014

Semoga Hati Ini Kuat

Alhamdulillah for everything ya Allah..
Kau mendengar tika hamba merintih..
Kau memberi tanpa memilih..
Kau merancang jalan yang terbaik..

Tetapkan hati ini ya Allah..
Semoga aku selalu bersyukur dengan nikmat..
Semoga aku selalu ingat padaMu Allah..
Semoga aku tabah hadapi segala ujian yang bakal menyusul..

Kau kurniakan aku keluarga yang cukup sempurna..
Kau kurniakan aku sahabat yang memahami..
Kau kurinakan aku nikmat yang tak terhingga..
Kau kurniakan aku hidup yang penuh corak dan warna..

Semoga aku kuat dan lebih kuat..
Untuk bangkit dari jatuh..
Untuk menghadapi dunia..

Sujud aku untukMu Allah..
Terima kasih Allah untuk segalanya..
Untuk nikmat yang tak terhingga ini..

SEMOGA HATI INI KUAT.
SEMOGA HATI INI SELALU BERSYUKUR.


Assalamualaikum..

-FL-